CARE OF SAFFA

CARA PENJAGAAN CLOTH SANITARY PAD/PANTYLINER

1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda. Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece (iaitu permukaan atas atau top layer yang ditunjukkan dalam blog ini) adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.

3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable pad yang telah digunakan.

4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang "degil", anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight pad pula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.

5. Seperti cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangkahayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.
Washing Instruction
First, rinse pad with cold water. Rub salt or soap to remove stain immediately
Fold, snap up and store in wetbag (if you are away from home)
Soak in a small pail and add a few drops of vinegar (as disinfectant) and baking soda (or even salt) if stain persist.
Line dry recommended as sun is the best natural bleach disinfectant to our clothing.
Tips:
1. Use only cold water as hot water sets blood stain on pad
2. No softener to prevent built up on surface
3. Hand wash for longer lasting pad
4. Change frequently / wear a darker color pad on your lighter days as dry stain is difficult to remove. More care tips for cloth pads at http://clothpads.wikidot.com/washing