1. Apa itu Cloth pad?
Cloth pad adalah tuala wanita yang dibuat daripada kain,dicipta untuk menyokong persekitaran alam sekitar yang lebih baik untuk masa hadapan . Seperti nenek moyang kita dahulu yang memakai kain batik,teknik itu kini dimodenkan dan lebih selesa.
2. Berapa lama satu pad kain boleh bertahan?
Satu cloth pad regular dapat bertahan antara 3-5 jam, pada hari-hari haid berat. Namun itu bergantung pada aliran haid individu. Tukar lebih kerap jika perlu untuk mengelakkan kebocoran.
3. Adakah ianya berbau?
Tuala wanita biasa sarat dengan bahan kimia berbahaya dan gel yang melepaskan wap kimia saat basah, cloth pad dibuat sepenuhnya dari kain yang ada ruang udara untuk bernafas. Anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa darah haid anda tidak berbau sama sekali!
4. Pad kain tak bocor?
Pad kain dilengkapi dengan lapisan penghalang air yang “breathable” di bahagian bawah pad untuk mencegah kebocoran. Walaupun tahan air, hambatan air ini akan bocor jika anda tidak menukar pad selama berjam-jam terutama pada hari-hari berat. Oleh kerana itu anda disyorkan untuk menukar kepada pad segar setiap 3 – 6 jam di siang hari haid berat anda, bergantung pada arus individu.
5. Pad kain tak tebal ke?
Pad kain sebenarnya adalah sangat nipis kerana ia hanya mengandungi kain. Berbeza sekali dengan tuala wanita biasa yang padat dengan bahan kimia dan gel, pad kain rasa jauh lebih selesa terutama pada kulit berbanding tuala wanita plastik.
6. Darah Haid tidak mengumpul bacteria jika menggunakan pad kain?
darah haid adalah steril dan tidak kotor. Darah mudah dicuci dari kain. Tuala wanita plastik sebenarnya tidak sihat kerana ia mencipta persekitaran yang lebih panas (dengan menjebak haba dan menghalang aliran udara) dan yang lebih cepat menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gatal dan ruam.
7. Bagaimana nak cuci cloth pad?
Mencuci pad kain adalah semudah mencuci seluar dalam anda.
Cuci dan bilas pad kain dengan air sehingga darah hilang. (anda juga boleh mencuci pad dengan garam/sabun/shampoo untuk menghilangkan kesan darah yang degil lebih cepat)
Lipat, katup dan simpan dalam bag kalis air / plastic ziplock (sekiranya anda diluar)
Rendam pad kain dalam baldi kecil bersama beberapa titisan cuka / baking soda / garam /shampoo jika kesan darah masih degil . Cucian tangan membolehkan pad kain tahan lebil lama. Cucian mesin juga boleh dilakukan dengan mencuci pad kain bersama seluar dalam. (cucian tangan adalah dengan menggosok pad sesama pad.( Fabric dengan fabric juga boleh dilalukan tetapi INGAT jangan berus pad anda.)
Nota : adalah lebih mudah mencuci pad kain yang telah basah berbanding pad kain yang dibiarkan kering berserta kesan warna perang di awal aliran haid. Oleh itu, tukar dengan kerap atau pakai pad kain warna gelap pada hari hari haid ringan anda.